Dr. Covey's Philosophy =)


The philosophy of The 7 habits of Highly Effective People by Stephen R. Covey have been using often in many source. I used to hear about the 7 habits from my colleagues especially when we were talking and discussing about individual development. At that time, I used to wish to have an oppurtunity to read this book. It was a few years ago. Luckily, I found this book in CIV Programme a few days ago. Without further thinking with full of satisfaction and excitement, I grabbed this book. I wish to finish this book before I graduate from CIVP. Youp, it must be a reasons why I choosed this book.

The author, Stephen R.Covey is actually one of the short list speakers for conference in becoming International Student Leaders Conference 2010 which organizes by Student Representative Council of UTM. We have been contact Dr.Covey and the result was positive. He replied our invitation and most probably, Dr Covey will come to our university as International speaker.

Exactly, this is one of the main reason why I choosed to read this book. In another words, I want to know better about Dr.Covey’s way of thinking. Additionally, I’m attracted by Dr. Covey's approach in delivering his idea which shows a holistic, integrated, principle-centered approach for solving personal even professional problems.

As a leader and future country’s leader, I must learn those things from educated and competence person as Dr.Covey. Furthermore, I believe this book is reflects the principle that give me confidence to adapt to change and the freedom to take advantage of the opportunity in my new day that may come tomorrow, next day and till the end.. I just can’t wait to finish up this book.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Do you have any idea about Exemplary Malaysian Leaders?



Everyone is a leader. Having a leader is exacting important in each organization, institutional as well as country. Leadership is hardly ever just about leading, yet it is about recognizing potential in an individual, company or group and helping them to discover that potential. Likewise, each leader playing important roles in developing the organization they are holding on. There are certain criteria that holding on exemplary Malaysian Leaders such as proactive, visionaries, easily adapt to change, and must know their limits.

Proactive is essential part of leadership. Malaysian leaders have to identify the current issue and know how to response towards a better condition. In addition, leaders have always come with an intelligent decision or reaction to make sure everything is under control. Leaders should anticipate with what is needed, plan ahead, and calling on the right members of the team at the right time. Lets take a look when a corporate sector is facing with economic downturn and they are hesitate to make downsize their company, CEO of company is playing an important role in making decision on how to sustain his company development.

In addition, Malaysian leaders have to be a visionary person. This is important to inspire other and to get things done successfully. Visionaries leaders may have wide view and can look something from different angle in order to discover each opportunity and weaknesses. In addition visionary leaders have view which is differ with others and through experiences, they are able to see creative and innovative solutions where other see none.

Next, exemplary Malaysian leaders should easily adapt to change. The change is not only means current environment they are facing on yet all possibilities that going to be change in the future including technology, economy and culture. Exemplary leaders looks change as a challenge, hold it whole heartedly and finally enhancing the organization. For example, Vice Chancellor of institution ought to know how to adapt change and ready to make transformation within his institution to ensure them always beyond their competitors and away from bad reputation.

Finally, exemplary leaders have to know their limits by means recognizing their weaknesses and strength. As human being, their knowledge is limited and they do not know everything. Exemplary leaders may make the ultimate decision nevertheless they will ensure they collect all the significant information from trusted sources to facilitate them to make the decision.

In a nut shell, exemplary leaders may let the organization that they are holding on climbing the ladder of successful. By constituting those criteria, they are actually managing their organization reputation as well as productivity in a way they are supposed to do.


Siti Hadjar bt Md.Arshad
Deputy President,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTM 08/09)
Universiti Teknologi Malaysia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Now is the right time, right moment..



3.25 am
UTM Skudai

Malam terakhir di UTM sebelum pulang menjalani latihan Industri di Petronas Penapisan Melaka..


Alhamdulillah.. Berakhirnya siri kehidupan semester ke-6 di UTM. Semester yang menyeronokkan dan penuh dengan tarbiyah saya kira..Terlalu cepat masa berlalu..Setiap semester di sini mempunyai rahsia dan kesan tersendiri dalam diri..Dan semester hadapan menandakan kami semua sudah setapak lagi ke depan. Setapak sebelum keluar ke alam realiti bergelar graduat. Apa perancangan saya? Hehe.InsyaALLAH akan saya ceritakan dalam entri-entri akan datang.


Belajar sambil mencabar . Saya sukakan frasa tu.. Bergelar mahasiswa merupakan perkara yang tak ternilai harganya. Mahasiswa yang merupakan aset penting negara perlulah menggunakan setiap peluang yang ada bagi mempertajamkan bakat diri.. Hal ini penting bagi memastikan kelestarian barisan pemimpin negara yang beriman, berintegriti dan berkredibiliti pada masa depan.


Pengalaman hidup selama lebih 22 tahun belum cukup mematangkan saya sebenarnya.. Saya akui, terlalu banyak yang perlu saya lalui dan masih banyak ruang perlu saya terokai.. Saya tidak sabar menunggu peluang-peluang untuk memperbaiki diri. Ya, saya harus bersyukur atas peluang demi peluang yang diberi..


Hidup adalah sebuah pengembaraan.. Destinasinya cukup jelas jika disandarkan pada sebuah matlamat beserta strategi yang mampan.. Saya harus bina semua itu..Saya berpegang pada prinsip bahawa TUHAN tidak akan mengubah nasib saya jika saya sendiri tidak berusaha ke arah tu..


Minda yang positif sangat memberi kesan dalam keberlangsungan kecemerlangan individu.. Jangan cepat melatah ! Saya harus akui semua itu.. Untuk menjadi seseorang yang berjaya, emosi, naluri dan kemahuan kadang-kadang perlu diketepikan. Malah iman dan akal perlu mendahului segalanya.. Saya yakin, hati yang sentiasa dekat pada TUHAN akan memandu diri ke arah kecemerlangan. Sebagai seorang Muslim, saya harus berusaha memartabatkan agama kerana Islam itu tinggi kedudukannya, begitu juga Ummah nya.. Lagipun, kata-kata Nabi SAW seringkali menguatkan diri saya : Jika seseorang berjuang untuk memarttabatkan agama ALLAH..Dia sedang berada pada jalanNYA.


Hidup dihidangkan dengan pelbagai pilihan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Walk or Run into the future ??

Hari yang senang..
Bersenang-senang di dalam bilik,
menghadap laptop,
memandang ke luar tingkap,
menikmati angin sepoi-sepoi bahasa sambil memerhatikan alunan pohon hijau sayup-sayup ditiup angin..
Bunyi kicauan burung memberikan gelombang teta dalam diri..
menenangkan..
Fenomena di bumi Skudai..
saya cuba memikirkan masa depan..

Huuu..
Apelah yang mampu saya rancangkan untuk diri ?
Pilihan terlalu banyak ditangan saya..
Minat tak menentukan keberjayaan individu.. (anda setuju?)
Dah banyak kali saya lalui ,
Perkara yang tak disukai itulah yang mampu beri kejayaan berimpak tinggi.

Berfikir..
Ape yang mampu saya sumbangkan untuk Islam,
kalau dalam usia sebegini Ibnu Sina telah mencapai tahap ilmuan,
Saidina Ali Karimallah' Wajhah menjadi pembela agama,
Saya??
Masih di sini, di alam universiti..
Memerhati, mengaplikasi, mengikut telunjuk diri..

Ape yang saya boleh buat untuk Islam?
Ya, saya tak boleh tunggu lama !
Jika esok lusa tiada takdir usia untuk saya,
sekurang-kurangnya TUHAN tahu bahawa saya pernah sedetik berfikir mengenai masalah ummah..

Saya cita-citakan kehidupan yang diredhai..
Kehidupan yang terbimbing ILAHI,
Hati yang tenang,
Kehidupan yang harmoni,
Tapi tulah..
Manelah dinamakan perjuangan kalau semuanya lancar begini..
Lumrahlah tuh..
Yang pahit harus ditelan,
Yang manis jangan terus disimpan..
Saya berdepan dengan dunia manusia,
Bukannya dunia para malaikat,
justeru sedarlah diri..
Hadapilah kerenah manusia dengan bijaksana,
TUHAN Maha Tahu kemampuan diri,
Kita tak akan diuji melainkan mengikut kemampuan diri.. ( Al-Baqarah : 286)

Saya harus korepsi diri..
Ya TUHAN, berkatilah diri..

Angin.. bawalah keresahan dalam diri ini pergi..
Gantikanlah dengan ketenangan dari Ilahi..

Kata kunci di fikiran saya kini : SESEORANG ! Anda pasti takkan mengerti kecuali Ilahi.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

“Mahasiswa punya peranan dalam mewarnai perjalanan sejarah dan pembinaan tamadun kehidupan manusia”

“Mahasiswa punya peranan dalam mewarnai perjalanan sejarah
dan pembinaan tamadun kehidupan manusia”
As-Sarawaki 21 Mac 2004 (Refresh): Seorang sarjana pernah menyatakan; “Insan perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas dan tanggungjawab.” Justeru, mahasiswa selaku sebahagian daripada entiti penting di dalam masyarakat juga tidak boleh lari daripada mencambahbiakkan kesedaran tentang persoalan pokok ini dan seterusnya wajar bingkas bangun mengkoreksi diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Sering diperkatakan bahawa mahasiswa merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Golongan ini jugalah yang merupakan pelapis berjiwa kental yang akan menjadi aset penting untuk kelangsungan perjuangan bangsa dan agama. Jatuh bangunnya ummah di millennium mendatang banyak bergantung kepada kemandirian komuniti teras ini.

Penulis dan seramai 413 exco pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seluruh 17 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) telah menghadiri Konvensyen MPP 2004 dari 4-6 Februari yang lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Hotel dan Resorts First World. Konvensyen anjuran Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dengan tema Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran sedikit sebanyak telah memberikan input serta resolusi berharga untuk dibedah siasat akan kerelevanannya dan seterusnya difikir-renungkan tentang cara pengimplimentasiannya.

Di dalam teks ucaptama dan perasmian konvensyen oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi yang dibacakan oleh Mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob, beliau telah meminta pemimpin pelajar mengubah minda dari segi perancangan, strategi, program dan mekanisme pelaksanaan dalam menangani empat masalah utama pelajar masa kini. Perdana Menteri berkata, empat tugas utama yang dihadapi pemimpin pelajar ialah kemerosotan minat belajar para pelajar, menangani masalah kemerosotan akhlak, mengatasi masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera serta memperbaiki persepsi pelajar terhadap kerajaan.

Kesarjanaan ilmu

Benarlah firman Allah SWT bahawa manusia dan jin tidak akan dapat menguasai dunia dan seisinya melainkan dengan kekuasaan ilmu (Surah Ar-Rahman:33). Dunia telah menyaksikan dan sejarah telah membuktikan bahawa sejak zaman awal generasi manusia, ilmu memainkan peranan penting di dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Malah, dunia globalisasi hari ini jelas menunjukkan bahawa kerana penguasaan ilmu khususnya di dalam bidang sains dan teknologilah maka negara-negara maju khususnya Barat telah menjadi pendominasi dan pelopor kepada pelbagai lapangan kehidupan.

Lebih daripada itu, perlulah disematkan di sanubari bahawa segala label-label negatif yang terpaksa ditelan oleh mahasiswa hari ini seperti mahasiswa lesu, bisu, longlai dan sebagainya hanya dapat ditanggapi melalui tindakan yang positif, proaktif dan progresif. Mahasiswa tidak mampu bergerak mara ke hadapan dengan hanya berbekalkan idealisme dan semangat semata-mata tanpa kesedaran serta usaha-usaha untuk menguasai ilmu dan kemahiran bagi membolehkan ia direalisasikan dalam arus perdana dunia. Perjuangan golongan terpelajar untuk melakukan anjakan paradigma berterusan memerlukan kekuatan yang boleh diterjemahkan dalam bentuk penguasaan ilmu dan usaha-usaha melahirkan cerdik pandai yang terbilang. Jika kita telusuri kisah suci kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat seperti Sayyidina Ali Karramallahu wajhah, kita akan dapati bahawa di sebalik keagungan kepimpinan dan ketaqwaan mereka kepada Allah SWT, maka ilmu pengetahuan yang mampanlah menjadi rahsianya. Malah, sejarah kehidupan sarjana-sarjana Islam masa lampau seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Jabir Ibn Khayyam dan sebagainya menjadi saksi akan kebenaran pernyataan ini.

Justeru, konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama di dalam kehidupan setiap mahasiswa. Apa yang paling penting adalah pembelajaran bukanlah hanya untuk kelulusan peperiksaan, memenuhi keperluan kursus atau sekadar untuk mendapat sekeping ijazah sahaja sebaliknya merupakan momentum ke arah memahami erti hidup yang sebenar. Setiap ilmu yang dipelajari wajarlah ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul. Ini kerana makna kata belajar itu sendiri bolehlah disignifikasikan sebagai suatu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu. Sebagai hasilnya, hakikat akhir sesuatu proses belajar itu mampu menuntun mahasiswa ke landasan kebenaran.

Lebih daripada itu, adalah amat malang sekiranya suatu sistem pembelajaran itu bukan sahaja gagal, malah ianya melahirkan pelajar yang lemah berfikir, kurang kesedaran, ketandusan ilmu, bankrap idea dan muflis keintelektualan. Berbalik kepada mahasiswa di kampus. Salah satu pelan tindakan yang telah digariskan hasil konvensyen baru-baru ini ialah untuk menyelaraskan PNGK semua pimpinan mahasiswa iaitu 2.5 ke atas. Penulis berpendapat bahawa ini merupakan satu langkah awal yang efektif kerana para pemimpin mahasiswa merupakan role-model yang akan diteladani oleh mahasiswa lain. Semoga ia menjadi titik tolak yang akan mencanai kegemilangan pendidikan dalam usaha bersepadu untuk melahirkan universiti bertaraf dunia atau World Class University.

Ketrampilan Syakhsiah

Menurut Islam, perkataan pendidikan atau tarbiyyah itu antara lain bermaksud suatu pendekatan yang terbaik sekali dalam bertafa’ul (berinteraksi) dengan fitrah insan dan melaksanakan proses pendidikan melalui tunjuk ajar dan teladan. Suatu teori pendidikan tidak akan sampai kepada matlamat yang dihajati jika ianya gagal berfungsi dan tidak berkesan. Keberkesanan itu diukur dengan melihat sejauh mana hasil yang dihajati bertunas dan berkembang dalam diri individu yang dididik. Hasil pendidikan juga dapat dilihat melalui perubahan tingkah laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka. Pendidikan yang tidak berkesan bukan sahaja merugikan tenaga, waktu dan wang, tetapi yang lebih dibimbangi apabila hasilnya bertentangan dengan apa yang dihajati.

Selain kesarjanaan ilmu, konsep ketrampilan syakhsiah adalah satu lagi elemen penting yang perlu ada pada diri mahasiswa dalam mengurus kejayaan. Perangkaan serta statistik kebejatan sosial yang kian meruncing memperlihatkan bahawa kader-kader intelektual ini juga tidak terlepas daripada terlibat sama. Kepincangan dan keruncingan krisis moral seperti seks bebas, arak, sumbang mahram, hedonisme, penyalahgunaan dadah dan banyak lagi turut membuktikan bahawa penuntut institusi pengajian tinggi juga tidak begitu ampuh dari segi penghayatan budinya.

Lantaran itulah, saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPP UIAM) amat bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi bahawa kerajaan akan memperkukuhkan dan menggabungkan pendidikan Islam dengan sistem pendidikan kebangsaan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti dan serba boleh.

Falsafah Pendidikan Negara menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara yang merupakan roh, nadi dan dinamo penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara, saya melihat bahawa saranan YAB Perdana Menteri ini merupakan satu titik tolak dan satu kesinambungan ke arah melahirkan individu Muslim khususnya muda-mudi, remaja dan generasi muda yang syumul (komprehensif) dan kamil (sempurna).

Usaha yang sebegini penting amatlah perlu untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut amatlah penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 mengikut ‘acuan sendiri’.

Kecemerlangan Kepemimpinan

Prof. Ungku A. Aziz pernah menyebut; “Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman (mencabar) dan terpelajar.” Maka, sebenarnya teras kelangsungan kecemerlangan sesebuah bangsa itu banyak bergantung harap kepada pemimpin berkaliber laksana pelita cahaya yang akan menyuluh-sinarkan lorong perjalanan bangsa dan agamanya. Seorang pujangga Islam pula pernah bermadah; “Pemuda akan menjadi bangsa kita pada masa akan datang. Pemuda jugalah yang akan menyediakan jiwanya untuk mati atau dibunuh mati di jalan Allah s.w.t. Oleh itu, pemuda mesti mempersiapkan dirinya untuk hidup demi untuk mengembalikan kegemilangan Ummah pada masa akan datang sehingga dirinya syahid atau Islam kembali menang!”

Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Dato Dr. Nordin Kardi di dalam pembentangan kertas kerjanya pada konvensyen tersebut yang menyatakan bahawa; “Berbeza dengan golongan idealis, golongan pragmatis senantiasa melihat keupayaan berbuat sesuatu dalam sesuatu keadaan yang diberi ‘Bagaimanakah dia boleh bermain dalam lingkungan sumber atau keadaan yang diberi.’”

Melalui pemahaman saya, salah satu adaptasi kepada kata-kata ini ialah ianya menuntut agar mahasiswa mampu menjadi global player dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif, produktif, berkemahiran, berdaya saing dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan arus dunia tanpa sempadan hari ini.

Universiti merupakan satu medan atau pusat untuk melatih kepimpinan mahasiswa. Kita telah melihat bagaimana kebanyakan pemimpin negara malah dunia kini termasuk YAB Perdana Menteri juga merupakan bekas-bekas aktivis yang aktif ketika di kampus. Lebih daripada itu, mereka juga merupakan mantan pimpinan kepada pelbagai persatuan pelajar yang sering kali menjadi agen check and balance dan pembawa suara masyarakat yang berkesan. Oleh itu, mahasiswa yang ada hari ini wajar mempertajamkan segala kebolehan kepimpinan sama ada soft skills atau hard skills bagi mengelakkan ketandusan atau kepupusan pemimpin berkaliber di kemudian hari.

Agen Pengislah Masyarakat

Mantan Menteri Pendidikan,Tan Sri Musa Mohamad pernah berkata bahawa pelajar kini diberi kebebasan bersuara dengan syarat ia berdasarkan kepada ilmu dan pengetahuan yang mendalam serta tidak melampaui batas, asalkan ia bukan tuduhan melulu dan dilaksanakan dalam ruang lingkup tertentu. Justeru, mahasiswa harus mampu menjadi pemberi ilham, pencetus penafsiran dan qudwah hasanah kepada masyarakat seluruhnya. Pendek kata mereka harus bertindak sebagai agent of change atau agen pengislah masyarakat. Ini bagi memastikan segala kualiti diperolehi yang boleh menyumbang kepada pembangunan insan tidak hanya ternoktah di titik sifar. Segala pengalaman berharga, teori dan aktiviti membina yang telah dilalui wajar untuk dikongsi dengan masyarakat khususnya muda-mudi dan remaja sebagai pemangkin ke arah pembaikan jatidiri serta penyuluh lebuh raya kehidupan mendatang.

Selain itu, mahasiswa juga haruslah mampu menjadi transformer yang bisa menginjak naikkan paradigma berfikir, meninggikan kualiti ilmu serta memurnikan institusi ulama dan umara. Pelbagai usaha yang bersifat realistik, progresif dan bukan hanya konvensional serta boleh menjadi enkoder ke arah pengharmonian dan pemugaran kembali nilai-nilai murni yang kian sirna dalam masyarakat di seantero pelusuk hari ini. Saya tertarik untuk berkongsi tentang kurikulum yang diamalkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagi merealisasikan visinya iaitu Islamisasi, Integrasi, Keantarabangsaan dan Kecemerlangan Bersepadu, UIAM telah memperkenalkan pelbagai pakej seperti Sistem Halaqah, mewajibkan penyertaan sekurang-kurangnya 15 peratus pelajar antarabangsa dalam semua aktiviti dan mengaktifkan partisipasi pelbagai pihak dalam setiap persatuan. Selain itu, pelbagai program sama ada bersifat kepimpinan, keusahawanan, kaunseling, khidmat masyarakat, kebudayaan, tarbiyyah, hubungan luar turut dijalankan ke arah melahirkan mahasiswa yang boleh berperanan sebagai pengasuh, petunjuk, pembimbing, pemandu dan penasihat selepas bergraduat.

Perpaduan Warga Kampus

Seterusnya, antara perkara yang telah digariskan oleh Perdana Menteri dalam konvensyen tersebut ialah mengatasi masalah ketidakseimbangan pencapaian akademik antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Sering kedengaran bahawa pencapaian pelajar bukan Bumiputera khususnya Cina adalah lebih terkehadapan berbanding pelajar Bumiputera. Walaupun mungkin pernyataan ini tidak selalunya benar, tetapi langkah-langkah bersepadu perlu diadakan untuk memastikan perubahan minda dan sikap dapat dijana. Terdapat pelbagai mind-set yang penulis rasakan wajar untuk dinyahkan dan dibakulsampahkan oleh pelajar Bumiputera khususnya mahasiswa Melayu. Budaya-budaya negatif seperti spoon-fed, terlalu bergantung - budaya tongkat, pesimis, warga subsidi, sikap sambil lewa, budaya cukup makan, tidak mahu cari lebih, inferiority complex dan seumpamanya haruslah dibuang dari kamus kehidupan mahasiswa. Sebaliknya, sikap-sikap yang baik seperti rajin, berusaha gigih, berkeyakinan diri, berfikiran positif, optimistik dan banyak lagi wajar ditumbuh-suburkan agar mahasiswa Bumiputera dan bukan Bumiputera akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dari segi kelulusan akademiknya.

Pada pendapat penulis, selain keseimbangan dari segi pencapaian akademik, perpaduan kaum di kampus juga wajar diberi perhatian yang sewajarnya. Berdasarkan laporan Jabatan Perpaduan Negara tahun lalu, polarisasi kaum terutama di kalangan generasi muda semakin serius. Malah pengarahnya turut menegaskan bahawa interaksi kaum di kalangan golongan itu juga kini berada pada tahap minimum walaupun seolah-olah wujud perpaduan di kalangan mereka dari segi luarannya.

Pihak universiti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) wajar memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan warga kampus. Selain itu, masyarakat juga harus memainkan peranan masing-masing. Dasar dan program tertentu perlu dirangka untuk menyemai elemen-elemen positif yang berkaitan dengan keharmonian dan perpaduan. Sebagai contoh di UIAM di mana populasi mahasiswanya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan latarbelakang serta mempunyai 15% mahasiswa antarabangsa, integrasi dan perpaduan di kalangan mahasiswa khususnya di antara mahasiswa Malaysia dan Non-Malaysia amatlah dititikberatkan dan dipastikan kelangsungannya. Pelbagai usaha telah dilaksanakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan kehidupan yang harmoni di Taman Ilmu dan Budi ini. Antaranya, salah satu program tahunan yang dianjurkan oleh MPP ialah Minggu Perpaduan Ummah. Sepanjang program dijalankan pelbagai aktiviti menarik yang mampu menjadikan pelajar saling memahami antara satu sama lain, menghargai budaya orang lain, berkompromi dengan perbezaan pendapat dan saling mendokongi ke arah menyelesaikan maslahah yang lebih besar.

Semangat Juang dan Kesedaran Ummah

Selain itu, sebagai membuktikan bahawa mahasiswa merupakan mata rantai-mata rantai perjuangan, mahasiswa wajar untuk mengikuti dan memberikan pandangan di dalam segala isu dan perkembangan yang berlaku sama ada di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Semangat juang dan kesedaran Ummah patut diberi penekanan. Usaha-usaha yang mampu menjadi kapasitor pengaktif ke arah kebangkitan bangsa, negara dan Ummah wajar diteruskan. Ini penting untuk melahirkan golongan mahasiswa yang berpandangan progresif dan saintifik serta bersedia menjunjung aspirasi negara dan seterusnya mampu memainkan peranan bermakna di dalam pola politik, sosial dan ekonomi dunia.

Hasrat sebegini amatlah perlu disegerakan untuk mengelakkan lahirnya mahasiswa bersikap jumud dan beku yang boleh mengundang kepada sindrom kejahilan, daya fikir yang sangat kerdil dan sempit serta terkesima dengan arus perubahan di sekelilingnya. Kesedaran tentang perihal Ummah seharusnya menjadi agenda penting ke arah mewujudkan masyarakat yang tidak statik atau terus berteleku di takuk lama. Dinamisme di dalam konservatisme sepatutnya menjadi dasar penting kepada semua graduan masa kini. Di sana sini kita melihat tiada hari yang berlalu tanpa berlaku jenayah kemanusiaan. Perang, kolonialisme, pemerkosaan hak asasi dan penganiayaan terus meronai kehidupan. Perang meletus di pelbagai sudut dunia, kolonialisme cara baru telah dizahirkan, pemerkosaan hak asasi manusia semakin bermaharajalela dan penganiayaan tidak berperikemanusiaan kian berleluasa. Sebaliknya, kesucian dan keluhuran warna-warna indah kemakmuran telah dinodai serta dilacuri semaksimanya. Justeru, di dalam kecelaruan dan kebobrokan masyarakat hari ini, satu transformsi kepimpinan yang lebih telus dan tidak hipokrit perlu dipastikan menguasai dunia. Pentadbiran yang kuku besi lagi keras kepala, ego lagi angkuh serta penindas lagi zalim wajar ditumbangkan. Satu kepimpinan yang memperjuangkan keamanan sejagat, keadilan sosial dan kebajikan rakyat harus dipilih menerajui manusia moden hari ini.

Penutup

Secara konklusinya, di dalam mengurus kejayaan pelbagai aspek yang saling tidak kurang pentingnya berbanding yang lain hendaklah dipakubesikan di benak dan sanubari mahasiswa. Sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak berkonvensyen tanpa pengaplikasian resolusi menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi di tika ini.

Akhirnya, penulis ingin mengajak mahasiswa di seluruh kampus tanah air untuk merenung firman Allah yang bermaksud; “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Q.S al-Mujaadilah: 11). Imam Al Qurtubi berkata, “Maksud ayat di atas adalah, di dalam hal berkaitan pahala di Akhirat dan kemuliaan di dunia, Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan berilmu berbanding orang-orang yang tidak berilmu. Kata Ibnu Mas`ud, dalam ayat ini Allah memuji para ulama. Dan maksud ayat tersebut bahawa Allah akan meninggikan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat, adalah darjat dalam hal agama yakni apabila mereka melakukan perintah-perintah Allah” ‘Ala kulli hal, benarlah bahawa; “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya, hanyalah para ulama.” (QS. al- Faathir: 28).

http://muhtarsuhaili.wordpress.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Krisis Ekonomi Dunia -Tempias Kepada Mahasiswa & Apa Alternatif Kita ??



Keadaan ekonomi semasa mencatatkan pertumbuhan yang sangat membimbangkan. Penurunan kadar ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan kepada penstrukturan semula sektor pekerjaan ,industri dan pelaburan malah mampu memberi kesan kepada masalah sosial serta pengangguran di negara ini. Analisis menunjukkan kemerosotan yang berlaku juga turut memberi tempias kepada sektor pengajian tinggi negara. Hakikatnya tempias ini mampu membawa kepada kecemerlangan jika mahasiswa bijak mengeksploitasikan keadaan ini. Memetik ulasan dari akhbar tempatan baru-baru ini, keadaan ekonomi negara yang tidak memberangsangkan dilihat sebagai membuka peluang untuk melahirkan lebih ramai pakar dan professional yang berkualiti pada peringkat kedoktoran falsafah dan sarjana.

Cadangan kerajaan melalui bajet mini untuk menampung kos pengajian dan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran pada peringkat kedoktoran falsafah dalam negara dan sebanyak RM 10,000 bagi pelajar peringkat sarjana dilihat sebagai peluang keemasan yang perlu direbut oleh mahasiswa. Hal ini merupakan berita gembira kepada pemegang atau bakal pemegang ijazah pertama yang sedang berhadapan dengan risiko pengangguran. Jika dianalisis dari segi peluang dan masa, mahasiswa mampu menikmati tawaran kerjaya yang lebih baik apabila situasi ekonomi kembali pulih setamatnya pengajian mereka yang rata-rata mengambil masa dua hingga tiga tahun. Bagi mewakili suara mahasiswa, keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mahasiswa ini amatlah dihargai .

Disamping itu, mahasiswa perlulah lebih kreatif dalam berdepan dengan masalah kemerosotan ini. Kejayaan yang berimpak tinggi akan diperoleh daripada keberanian berhadapan dengan risiko dan kemahiran memasang strategi ketika berhadapan suasana genting. Justeru , mahasiswa perlulah bersedia mempersiapkan diri dengan segala kebolehan generik seperti dalam bidang keusahawanan. Menceburi bidang keusahawanan merupakan alternatif bagi mahasiswa lebih maju pada masa hadapan. Pada waktu sebeginilah mahasiswa dilihat dapat mengaplikasikan segala ilmu yang mereka peroleh dari dalam mahupun luar bilik kuliah. Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang mengambil kursus kejuruteraan kimia boleh menggunakan kemahiran menghasilkan bahan kimia dan mencipta teknologi baru dalam bidang usahawan pertanian. Dengan ini mereka mampu memperoleh keuntungan lebih berdasarkan kemahiran yang mereka perolehi.

Selain itu,alam mahasiswa merupakan medan terbaik untuk mahasiswa mengasah bakat mereka sebelum mereka benar-benar keluar ke arena pekerjaan.Pada keadaan sebegini mahasiswa perlu bijak mencari dan mengambil peluang bersaing antara satu sama lain. Dalam realiti sebenar, kecemerlangan akademik bukanlah penentu segalanya. Menurut kajian, kemahiran komunikasi , kepintaran spiritual (SQ) ,dan kepintaran emosi (EQ) merupakan elemen yang mendahului elemen kecemerlangan ( IQ) dalam berhadapan realiti sebenar. Justeru, mahasiswa diseru menggunakan masa yang ada di universiti untuk menggilap bakat mereka melalui program-program dan persatuan di universiti mahupun luar university supaya mereka mampu menjadi graduan yang kompetatif satu masa nanti.

Analoginya,joran sudah tersedia di depan mata , terpulang kepada kita untuk mengail atau tidak. Justeru mahasiswa perlu bijak memilih jalan terbaik dalam memastikan negara tidak ketandusan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.


“ Exemplary, Energetic, Action-oriented “

Siti Hadjar bt Md.Arshad

Timbalan Presiden

Majlis Perwakilan Pelajar 2008/09

Universiti Teknologi Malaysia


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Takziah dari kami, warga UTM

UTM Skudai : Satu kemalangan telah berlaku melibatkan Bas Fascinating Malaysia (Bas Sewa UTM ) dengan sebuah motosikal bertempat di Simpang 3, Jalan Taman Universiti - UTM -Desa Bakti. Mangsa, Zulkarnain Bin Jamaluddin,14 tahun, yang menaiki motosikal telah dilanggar oleh bas dan menyebabkan beliau koma sehingga ke hari ini.

Zulkarnain merupakan anak kepada pegawai keselamatan UTM, Pn Norhatifah Bte Yunus. Kejadian kemalangan berlaku apabila bas berkenaan dalam perjalanan menghala ke UTM daripada Taman Universiti, manakala adik Zulkarnain dalam perjalanan dari UTM menghala ke Kuarters Staf Desa Bakti UTM.

Akibat daripada kemalangan tersebut, adik Zulkarnain telah mengalami pendarahan yang banyak dari bahagian telinga dan hidung akibat hentakan kuat pada bahagian kepala. Sejurus selepas kejadian, beliau telah dikejarkan oleh ambulans UTM ke Pusat Kesihatan UTM untuk diberikan alat sokongan sementara dan rawatan oleh Dr Ismail Muhammad, Pengarah Pusat Kesihatan UTM sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan selanjutnya.

Doktor di Wad ICU bahagian Ortopedik mengesahkan tulang kaki kiri beliau patah di 4 bahagian, manakala Wad ICU bahagian Neurologi mengesahkan terdapat 3 tompokan darah beku di bahagian kepala di samping keretakan pada bahagian kiri tempurung kepala beliau.

Pengarah Keselamatan UTM, En Halim Bin Adam bersama beberapa kakitangan keselamatan UTM telah membuat lawatan terhadap adik Zulkarnain dan anggota keluarganya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Dalam lawatan Pengarah Masjid Sultan Ismail UTM , Dr Azhar Muhammad telah memperingatkan mahasiswa dan mahasiswi supaya lebih berhati-hati ketika memandu kenderaan. Beliau juga mengatakan, kawasan berkenaan telah kerapkali berlaku kemalangan.

Sejak kejadian tersebut juga, adik Zulkarnain telah berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri. Pendarahan masih terus berlaku di bahagian hidung menyebabkan beliau terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di wad kecemasan berkenaan.

Dipetik dari : http://pmiutm.blogspot.com/

MPPUTM mewakili seluruh pelajar Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan takziah kepada Pn Norhatifah Yunus sekeluarga dan kami mendoakan keselamatan dan kesembuhan anaknya yang kini berada dalam keadaan kritikal dan koma di Hospital Sultanah Aminah.

(Al-Fatihah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

3 April 2009 : Hari ni kami ada 'BAPA' baru..


Hari ni hari bersejarah dalam hidup kami semua.. Sejarah hebat yang pasti akan ditulis dalam kitab-kitab sejarah ketemadunan bumi Malaysia yang akan dibaca, dikaji oleh cucu cicit kami.. Saya sedikit teruja,untuk kali ke-ENAM (setelah pelbagai isu politik dihidangkan kepada kami..) , tampuk pimpinan teratas negara berubah tangan..
Kami punyai 'BAPA' baru.. !! Mempunyai seorang Perdana Menteri ibaratnya mempunyai seorang ayah baru. Tak kesahlah siapa pun beliau, apapun pencapaian beliau, sejarah ape pun yang pernah belia lakukan ; kami kini perlu bersetuju dan akur dengan realiti (Qada' dan Qadar TUHAN ) ; bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-Enam..

Tahniah & Takziah Dato' Seri..

Harapan saya, Dato' Seri dapat mengembalikan kestabilan ekonomi negara, sejarah ketamadunan rakyat Melayu dan umat Islam khasnya..

Laksanakanlah sistem pemerintahan dengan meletakkan agama jauh ke depan berbanding hal2 duniawi.Kerana jika akhirat yang kita kejar, pasti dunia akan ikut dibelakang.Tapi jika dunia yang kita kejar-kejarkan, akhirat pasti dan pasti akan terus ketinggalan .. (Nasihat ini untuk saya juga..)

Sedikit sejarah Dato' Seri :

Pelantikan Dato' Seri mengulangi sejarah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan dari 1970 hingga meninggal dunia pada 14 Januari 1976.

Dato' Seri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004 ketika menjadi Naib Presiden Umno paling kanan.

Sebelum itu, beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan (1995-1999) serta dua kali sebagai Menteri Pertahanan pada Oktober 1990 hingga April 1995 dan dari Disember 1999 sebelum berpindah ke Kementerian Kewangan pada 17 September 2008.

Sekadar renungan :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya..."

(Al-Baqarah : 286)


Sekian dari saya..

Siti Hadjar bt Md.Arshad

6.10 pm

3 April 2009

Kolej Tun Dr.Ismail, UTM Skudai Malysia







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Inilah kehidupan namanya..

Imam Hasan Albana pernah berkata :
" Kewajipan yang perlu kita laksanakan lebih banyak dari masa yang ada"

Saya terlalu ingin bersetuju dengan kata2 tersebut..
Dalam masa tak sampai seminggu, terlalu banyak hal yang perlu saya buat :
1] 2/4 Test 2 Separation 2
2] 2/4 Ifthar & tautan hati pemimpin (Khas untuk MPP saya)
3] 3/4 Program Turun Padang MPP di Arked Kolej 9
4] 5/4 Public Speaking Assesment (Oral)
5] 3/4 Submit Proposal PSM
6] 6/4 Submit Assignment Economy
7] 6/4 Test 2 Economy
8] 6/4 Presentation Oral
9] 8/4 Submit Project Process Control (Case Study 4)
10] 9/4 Test 2 Project Management
11] 9/4 Hantar project group Project Management
12] 9/4 Hantar projctk group Economy

-->13 April -study week
--> 22 April - Final exam
-->11 Mei - report diri ke Petronas Penapisan Melaka untuk Industrial Training until 17 Julai

Jadi, buat SITI HADJAR bt MD.ARSHAD :

Gunakanlah setiap saat dgn semanfaat mungkin.
Sandarkan sepenuh pergantungan hanya pada ALLAH.
Kerana setiap saat yang dipinjamkan adalah milik ALLAH, pohonlah keberkatan masa daripadaNYA..


Doa yang selalu saya amalkan :

"Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNYA aku bertawakal, dan DIA adalah TUHAN yang memiliki 'arasy yang agung."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Saya takutkan bayang-bayang sendiri..


Bumi Skudai ,Johor Bahru
12.47 am
2 April 2009

Haha.
Assalammualaikum
Rupa-rupanya ramai yg concern dgn blog yg tak seberapa nih..
Huu..saya mintak maaf pengunjung semua.
Memang saya yg sengaja block kan blog ni..
Saya takutkan bayang-bayang sendiri..
Tu yg boleh saya katakan..
Tak faham??
Saya pesimistik seketika !!
uHHH.. (versi mengeluh..)
Entah ape ade dalam diri saya nih..
Sampai melihat sesuatu dengan sudut sebegitu..
saya dikurnia TUHAN sebuah pemikiran yang entah mcmn saya nak tafsirkan..
Pemikiran yang entah kemana akan dibawanya saya..
Satu-satu TUHAN tunjuk pada saya..
Siti Hadjar Md.Arshad terus sedar dan tersedar sedikit demi sedikit..
Astaghfirullah.. (Ape yang saya dah buat nih !!)
Saya jadi celaru dgn diri sendiri..
Saya jadi tak keruan.
Saya bukanlah contoh yg baik untuk semua !! (hati saya bermonolog)
Paradigma saya mengiyakan !
Saya jadi terlalu malu dgn diri !
Saya amik keputusan jauhkan diri dari dunia blog.
Supaya saya boleh tenang2 selalu tanpa judgement dari anda semua..
(sebagaimana anda boleh tafsir diri saya dari entri2 sebelum ni)
Saya boleh katakan, saya malu dengan diri sendiri.
Bila kadang2 saya diuji..Apa yang saya tuliskan dalam entri tidak selari dengan apa yang saya lakukan..
Syaitan turut main peranan dalam hati ni..
Saya sangat perlukan kekuatan..
Saya pernah tersilap !
ALLAH TAALA masih sayang pada hambaNYA ini..
Saya terpukul dengan fikiran sendiri.
Kekuatan yang sebenar adalah semata-mata dari TUHAN..
Bukannya manusia bergelar sang hamba!
Saya belajar yang itu.


.............................................................................


BERHIJRAH lah wahai diri..
Kerana itu yang sebaiknya buatmu (wahai insan bergelar Muslim)
Darjatmu tinggi kerana ISLAM yang kau tuntuti itu terlalu tinggi nilainya..

Ku persembahkan jiwa ini untukMU ALLAH..
Semoga ALLAH membantu saya menjalani saki baki hidup yang entah bila penghujungnya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS